Tidak pasti ianya strategi atau sebaliknya tetapi Aiman Hakim meminta agar peminat tidak perlu berhabis duit mengundinya di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) kerana mahu fokus dengan perkara lain.
BACA: Zahirah Dedah Aiman Hakim Jual Mahal Di Awal Perkenalan
“Saya sendiri pun dah meminta maaf kepada pihak yang terbabit mengenai isu ini. Niat saya adalah untuk tidak membabitkan diri dalam anugerah sebegitu. Pada saya, fokus adalah kepada pertandingan yang lebih bermakna untuk diri”
Menurut Aiman, beliau mempunyai pendirian tersendiri dalam hal ini dan merasakan biarlah peminat menghargai hasil kerjanya secara profesional tanpa perlu melibatkan diri dalam sistem undian untuk memenangi anugerah.
“Kalau mereka nak menyokong, biarlah secara sihat dan positif. Sebelum ini, pernah berlaku ada peminat yang bergaduh dengan kelab peminat artis lain. Jadi, saya tak mahu perkara sebegitu berulang lagi”
“Nama saya tercalon pun mungkin kerana ada segelintir peminat yang masih mengundi. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak, tak mengapa. Saya tak terlalu berharap,” jelasnya mengenai percalonan di ABPBH.
Tahniah diucapkan kepada Aiman yang telah tercalon dalam majlis anugerah ABPBH dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa yang bakal diadakan tidak lama lagi. Mana tahu ada rezeki menang pula! (rtky/w)