“Jangan Bimbang, Saya Tak Benci Aliff Aziz”
Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, Bella Astillah menegaskan dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan Aliff Aziz dengan anaknya. Katanya lagi, walau apa pun terjadi Aliff tetap ayah kepada anak mereka.
Bella berkata, dia tidak membenci mahupun menyimpan dendam terhadap bekas suaminya dan segala perbuatan Aliff terhadapnya sudah pun dimaafkan. Bagaimanapun, Bella mengakui sebagai manusia biasa sudah tentu dia berasa sedih.
BACA: “Saya Anggap Ini Teguran Keras Daripada Allah”
“Jangan bimbang, saya tidak membenci Aliff, malah dia tetap ayah anak kami. Saya takkan jauhkan dia dengan Ayden.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya maafkan dia berulang kali kerana kita manusia biasa.
“Kalau saya yang bersalah, saya tentu mahu dimaafkan. Namun, sebagai manusia, jauh di sudut hati saya tetap sedih. Cuma harapan saya, perpisahan ini dapat mengubah Aliff dan menjadikan dirinya lebih baik. Kita doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, ibu Aliff menerusi satu entri di Instagram menulis tiada ‘talak’ antara ayah sekali gus mengharapkan, perpisahan tersebut tidak menjarakkan hubungan Aliff dengan anaknya.
Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya bertemu titik noktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
- SUMBER
- BH Online
Jangan bimbang, saya tidak membenci Aliff, malah dia tetap ayah anak kami. Saya takkan jauhkan dia dengan Ayden…..sape bimbang sila angkat tgn…
Saya bimbang. Ya sy bimbang… Sy bimbang lepas ni bella masih menaruh harapan alif berubah. Sy bimbang bella menaruh harapan alif kembali rujuk dan kawin balik. Dan perkara berulang sekali lagi… Sy bimbang BSH/brim bila nak masuk ek????
Saya cintakan awak, Bella. Saya akan datang kepada awak selepas awak habis eddah. Saya faham apa yang awak lalui. Sabarlah. Harap tiada lagi airmata sedih yang akan mengalir di pipi awak. Saya kagumi kesabaran awak. Harap akan ada rezeki saya. InsyaAllah.
Saya lebih bimbangkan anak dlm kandungan sy ni…Allah…
mmg ayah dia tak bole dipisah, tapi ibu ayden tetap diutamakan. nabi pon da ckp ibux3. mak aliff tu mungkin lupa. in shaa Allah dia baik2 aje lepas ni. mukin skrg masih stress. saya percaya makcik takkan pisahkan ayden dari ibunya, sebab makcik pon seorg ibu. pasti makcik tak nak anak lelaki makcik dipisahkan dari makcik.
bella pulak, biar dia cari bahagia dia lepas ni. dia ada hak. kita doakan mudah2an dia dpt yg jauh lebih baik lepas ni. kadang org kata bella ni poyo je lebih. tlg jgn ckp mcm tu. ckp yg baik2. elok aje perangai dia selama ni, dia tkde lah over. setakat luah kat fb ke ig ke menyanyi ke, biarlah itu cara dia. mcm setengah netizen jugak ada yg suka cerita ttg kehidupankorang kat ig jugak. dia pon manusia biasa. kita tak tau niat dia so jgn cepat salahkan dia. mudah2an bella bertudung pulak lepas ni dan pertingkatkan diri dia utk Allah. jiwa berani dan tabah dia da ada. lepas tu full package muslimah yg baik. aamiin