Pelakon Rita Rudaini berharap langkah untuk menyita kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah akan dilaksanakan kerana isu masalah tersebut sudah lama berlaku.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Rita berkata disebabkan tiada langkah diambil ramai lelaki melakukan sesuka hati sehingga ada yang menculas nafkah.

BACA: “Tiada Agenda Tersembunyi” – Rita Rudaini Bersuara Demi Kebajikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Sementara itu, pejabat agama tidak sepatutnya membenarkan lelaki yang menculas nafkah untuk berkahwin lagi selagi hutang dengan anak dan bekas isteri belum selesai.

“Masalah nafkah ni dari zaman dulu. Sebab itu ‘arwah-arwah’ berani buat sesuka hati. Culas bayar nafkah sepatutnya pejabat agama jangan bagi nikah lain selagi hutang meeka pada bekas isteri dan anak-anak belum selesai,” katanya.

Malah, Rita turut mencadangkan untuk menggunakan pendekatan sama seperti sistem percukaian dan perbankan terhadap individu yang culas dalam membayar nafkah.

“Buat macam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tak bayar cukai tak boleh travel luar negara. Tak bayar loan, tak boleh buat pinjaman.

“Gagal bayar hutang, muflis! Kalau tak sampai kiamat pun tak selesai masalah tanggungjawab ini,” tulisnya.

×