Kecewa kerana filem Beauty & The Beast yang berkemungkinan tidak ditayangkan di sini, Fazura nampaknya benar benar mahu menonton filem tersebut dan sanggup pergi ke luar negara demi perkara itu.
BACA: Kerana Pertikai Iman, Fazura Jadi Perhatian Di Twitter
“Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang dipotong jika ditayangkan di Malaysia. Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu”
“Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing,” jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini Fazura turut dikritik kerana filem ini ditangguhkan tayangannya.
Sebelum ini, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LFPM) membenarkan filem itu ditayangkan (dengan sedikit suntingan berkenaan babak homoseksual) namun syarikat Walt Disney seperti dilaporkan Bloomberg pula tidak membenarkan filem itu ditayangkan kerana suntingan terbabit.
Sementara itu, di Alabama, Amerika Syarikat filem itu turut ditayangkan keana mempunyai watak homoseksual dan di Rusia pula, filem tersebut dikenakan sekatan – kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya. (rtky/s)