fbpx

Penyanyi Cliff Umar mengakui kesilapannya mengambil bahan terlarang serta menyesal diatas perbuatannya itu dan ia adalah keputusan terburuk pernah dilakukannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph berkata turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil dadah jika tidak mahu dilayan seperti penjenayah.

BACA: Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

“Jangan ambil dadah. Tiada kebaikan yang keluar darinya… Melainkan anda mahu diaibkan dan dilayan seperti penjenayah serta terpampang di seluruh media sosial dan berita Nasional 8:00… Tuhan tahu saya menyesal,” tulisnya.

Penyanyi berusia 42 tahun itu turut mengucapkan terima kasih buat isterinya, Anita kerana sentiasa memberi sokongan kepadanya dan tidak akan membuatnya kecewa lagi.

“Jika tidak kerana awak, mungkin saya sudah tiada. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya tak akan kecewakan awak lagi,” katanya.

Khamis lalu, Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram.