fbpx

Jamal Abdillah Timang Anak Kelima Pada Usia 63 Tahun

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang selamat menimang cahaya mata kelima, bayi lelaki pada tarik cukup cantik hari ini 22.2.22.

Isteri Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Rayyan Yamani seberat 2.84 kilogram itu disebuah pusat perubatan di Sahah Alam.

BACA: Bakal Timang Anak Kelima, Jamal Abdillah Pilih Tarikh Cantik 22.02.2022

Memetik laporan Harian Metro, Jamal memaklumkan isterinya baik-baik sahaja dan anak lelakinya dalam keadaan sihat.

“Kami semua dah bersedia dari awal. Nampaknya, bayi pun tiada cacat apa-apa dan dalam keadaan sihat.

“Begitu juga isteri baik-baik saja. Syukur, alhamdulillah. Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Jamal berkata isterinya sepatutnya bersalin pada 28 Februari, namun dipercepatkan kepada hari ini kerana tarikhnya yang cantik.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan itu mempunyai dua lagi cahaya mata Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Isaac Yamani kini berusia 2 tahun.

Jamal turut memiliki dua anak hasil perkahwinan lalu iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.