fbpx

Bakal Timang Anak Kelima, Jamal Abdillah Pilih Tarikh Cantik 22.02.2022

Bakal menimang cahaya mata kelima tidak lama lagi, penyanyi Datuk Jamal Abdillah berkata isterinya akan melahirkan secara pembedahan pada 22 Februari ini.

Menurut Jamal isterinya sepatutnya bersalin pada 28 Februari namun memilih untuk melahirkan pada tarikh itu serta sudah memilih nama Iskandar Rayyan Yamani untuk anak lelakinya itu.

BACA: Baru 16 Tahun, Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan

“Isteri sepatutnya bersalin pada 28 Februari, tetapi saya pilih tarikh cantik 22.02.2022. Kelahiran secara pembedahan. Jika tidak ada yang memudaratkan ikut cakap doktor, saya pilih tarikh itu. Persiapan semua sudah dilakukan. Nama anak pula saya pilih Iskandar Rayyan Yamani,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal turut berkongsikan dia kasihan melihat isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin yang terpaksa menguruskan dua lagi anak mereka dalam keadaan sarat mengandung.

“Tak sanggup rasanya melihat isteri menjaga anak. Pembantu rumah pulak dah berhenti. Jadi semua isteri uruskan sendiri.

“Saya akan bantu apa yang patut untuk meringan beban dia. Memikirkan akan ada bayi baharu ada juga rasa tertekan, tetapi tetap kena jaga sebab itu anak kita,” katanya.

Jamal dan Zai bernikah pada April 2017 dan mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamai,2.