fbpx

Jamal Abdillah Bersedia Bantu Zamani Slam

Mungkin kerana pernah merasakan pengalaman yang sama, Datuk Jamal Abdillah menawarkan diri membantu Zamani untuk keluar daripada masalah ketagihan.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Amy Search & Jamal Abdillah Nafi Terima RM10,000 Daripada UMNO

“Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah),” kata beliau dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Jamal, figura Zamani yang dikenali ramai akan membuatkan dia tidak selesa jika berita mengenai lokasi rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.

“Saya sanggup bantu Zamani. Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup,” tambah Jamal lagi.

Zamani sebelum ini ditahan polis dalam serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Ampang di sini, tengah malam Rabu lalu di atas kesalahan memiliki dadah sebelum direman namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis jam 10 pagi, kelmarin. (rtky/syfq)