fbpx

Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Muda

Jika sebelum ini Jamal Abdillah tidak memperkenalkan siapakah isterinya, akhirnya selepas 11 bulan, penyanyi lagenda ini memperkenalkan isterinya Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dalam satu majlis.

BACA: Jamal Abdillah Idam Bertanding Pilihan Raya

“Dia anugerah terindah daripada Tuhan. Isteri adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Bukan soal sedia memperkenalkan dia atau sebaliknya, isteri adalah peneman setia ke mana saja saya pergi,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, dia terpikat dengan isterinya itu kerana Izzati merupakan seorang wanita berkeperibadian lembut. Jamal dan isterinya itu bernikah di Perak pada April 2017.

Jamal dan isteri hanya berkawan dua bulan sebelum bernikah dan hanya sempat sekali saja berjumpa sebelum bernikah. Selain itu, anak-anak Jamal sendiri turut menyenangi kehadiran isterinya itu.

Menurut BH Online, perkahwinan Jamal kali ini merupakan perkahwinan keempat. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Syazana Rose Razman