fbpx

Jamal Abdillah Jual Kosmetik, Hadiah Isteri Hamil Anak Ketiga

Menghargai isterinya yang kini sedang hamil anak ketiga, penyanyi Datuk Jamal Abdillah menceburi bidang kosmetik sebagai hadiah buat isteri tercinta.

Teruja dengan perniagaan tersebut, namun penyanyi berusia 62 tahun itu tetap bimbang apatah lagi ianya percubataan pertamanya dalam bidang kosmetik.

BACA: Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Kelima Di Usia 62 Tahun

“Saya bekerjasama dengan sebuah syarikat kosmetik sebagai hadiah sempena isteri hamil anak kami yang ketiga.

“Tapi saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali menceburi bidang ini. Tapi saya percaya bisnes ini boleh pergi jauh.

“Mungkin ini permulaan dalam bidang ini dan kalau ada rezeki kami akan keluarkan pelbagai produk kosmetik lain,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal berkata idea untuk terjun dalam perniagaan kosmetik apabila melihat hobi isterinya yang gemar berhisa dan bersolek.

“Seperti saya katakan, bisnes ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan saya kepada isteri dan saya cuma membantu dia dalam menjayakan perniagaan ini,” katanya.