Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Kelima Di Usia 62 Tahun
Baru sahaja menimang cahaya mata lelaki 9 bulan lalu, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsikan perkhabaran gembira apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khairuddin kini hamil anak ketiga.
Menurut Jamal, kandungan isterinya kini sudah berusia 12 minggu. Gembira dengan rezeki cahaya mata kelimanya itu, Jamal berharap dikurniakan seorang lagi anak perempuan.
BACA: Bakal Timang Anak Lelaki, Jamal Abdillah Pilih Nama ‘Zek’
“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” katanya.
Bakal menimang cahaya mata lagi di usia 62 tahun, Jamal berkata kehadiran seorang lagi ahli keluarga amat-amat membahagiakannya dan ia adalah rezeki daripada Allah.
“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” katanya.
Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani 2 tahun dan El Issac Yamani kini berusia 9 bulan.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
- SUMBER
- Astro Awani
Entah laaa..
Ok rezeki tp kesian plak kat bini…belum sembuh btol kot luka czer tu…
Totally gross.
simpati pd bini die..
This oldman ah…
Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” katanya……..skrg baru 12minggu(3bulan)…GILO…Lahir tak cukup bulan doo
Np nk simpati kt bini..bini nye yg nk jgk kan..x reti nk rancng sendiri..
Eh bia la die. Bdn die. Byk duit pulak. Ape korng nk nyibuk sgt hal org. That old man still can do, bini pulak muda. Yg tak menjadi kalo bini dah tuo. Jgn la kite menyibuk sgt hal org.