fbpx

Jam Tangan Alif Satar RM120,000 Jadi Perhatian Netizen

Sejak semalam, isu rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali menjadi bualan hangat netizen. Seperti biasa, nama pelakon Alif Satar turut terkena tempias dek kerana masih ramai yang terkeliru kerana nama awal yang sama.

Menerusi Instagram, Alif Satar turut dilihat memuat naik sekeping gambar sedang menutup muka dengan tangannya seolah sudah penat dengan kekeliruan tersebut.

BACA: Alif Satar Bakal Timang Anak Ketiga

Namun, apa yang menjadi perhatian pada foto tersebut adalah jam tangan yang dipakai olehnya. Hasil carian netizen, harga seutas jam tangan tersebut bernilai RM121,000.

Turut disertakan screenshot gambar jam mirip yang dipakai Alif Satar berjenama Rolex Cosmograph Daytona.

Penularan harga jam tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang mengagumi pelakon berusia 29 tahun itu yang mampu memiliki jam tersebut. Tidak kurang juga ramai yang bergurau mengatakan Alif memakai jam Rolex gred AAA.