fbpx

Alif Satar Bakal Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Alif Satar yang bakal menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya, Shadila Halid disahkan hamil. Berita itu dikongsikan Alif sendiri di laman sosial, Instagram semalam.

BACA: Alif Satar Nafi Semakin Kacak Kerana Duit

“Jadi berita gembira dikongsikan, alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar,” tulisnya lagi.

Menurut Alif, tekaan netizen mengenai isterinya hamil benar apabila dua hari lalu beliau memuat naik gambar bersama isteri yang sedang memegang kertas yang dipercayai gambar ultrabunyi kandungan.

Di ruangan komen, ramai membanjiri dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar mereka mendapat cahaya mata lelaki pula kali ini selepas kedua anaknya kini adalah perempuan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Alif dan isteri. Semoga perjalanan kehamilan kali ketiga ini dipermudahkan dan lancar. (rtky/w)