fbpx

Jalil Hamid 7 Bulan Menganggur Kerana Lantang Bersuara

Berani bersuara mengenai isu bayaran pelakon senior, Jalil Hamid mengakui hampir tujuh bulan terpaksa menganggur kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Sebelum ini, Jalil rasa terhina dengan bayaran RM1,500 sebagai watak utama dalam drama. Bagaimanapun, Jalil berkata apa yang disuarakannya itu adalah satu tindakan wajar kerana bayaran untuk pelakon lama tidak patut diperlekehkan.

BACA: “Kenapa Bayar Murah Untuk Pelakon Senior?”

“Walaupun isu bayaran untuk pelakon lama seperti saya sudah banyak kali disuarakan tetapi hingga kini masih tidak nampak perubahan.

“Bukan saya seorang yang bersuara tetapi ramai juga pelakon lama meluahkan perkara sama, namun situasi tetap sama. Alasannya, pelakon popular perlu dibayar mahal manakala pelakon ‘tak berapa ada’ seperti saya kena bersedia terima bayaran murah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Jalil berkata antara alasan lain yang diberikan oleh pihak penerbit mengapa bayaran untuk pelakon senior murah adalah kerana stesen TV membayar murah drama dihasilkan.

“Kata mereka (penerbit), harga dibayar stesen TV masih sama seperti dulu sejak drama diswastakan pada 1986. Keuntungan diperoleh kurang. Jadi bayaran tetap murah kerana mengambil kira faktor tertentu,” katanya.

Terdahulu, Jalil Hamid meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.