fbpx

Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Motor, Farid Kamil Rehat Seminggu

Anda akan tahu ianya minggu perlahan untuk dunia hiburan tempatan apabila kisah selebriti jatuh motor mampu menjadi perhatian nasional. Heh. Ini kisah Farid Kamil yang pernah terkenal dengan imej rempit.

Pengarah & pelakon Farid Kamil dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya baru baru ini & mengalami kecederaan di bahu kiri beliau.

Farid Kamil telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan di’benarkan pulang ke rumah untuk berehat.

“Alhamdulillah kecederaan yang dialami tidak teruk & selepas pembedahan kecil semalam (Isnin) dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat”

“Kecederaan bahu kiri itu disebabkan kesan luka lama ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan tahun lalu,” jelas Farid Kamil.