fbpx

JAKIM Bakal Anjur Karnival Hiburan Sebagai Panduan Untuk Penganjur Lain

Jangan kerut dahi anda kerana kami juga sedang lakukan perkara sama ketika artikel ringkas ini di'tulis. JAKIM ingin anjurkan karnival hiburan. Hmm.

Kami sedar ini perkara yang sensitif dan jika silap hari bulan laman web kecil kami ini akan sekali lagi naik ke mesyuarat para menteri. Itu kisah kami cerita lain kali.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha semalam memberitahu yang badan tersebut akan menganjurkan sebuah karnival hiburan sebagai tanda aras atau standard untuk karnival hiburan yang lain di'masa hadapan.

“Ia'nya hanya sebagai panduan bukan sesuatu yang wajib untuk di'patuhi. Menerusi karnival ini, JAKIM akan bertindak sebagai penasihat untuk mana mana penganjur karnival hiburan yang berminat,” kata beliau kepada media hari ini.

Acara tersebut yang akan di'panggil sebagai Karnival BEST (Buat Elok Sahaja Tau) akan mengambil tempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya bermula dari 28 sehingga 30 Oktober 2011.

Beliau turut menambah, “Tidak salah untuk anjurkan karnival hiburan tetapi perlu'lah di'ikuti dengan etika etika yang betul”

zp8497586rq