fbpx

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun nama usahawan sensasi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad masih lagi menjadi bualan ramai.

Baru-baru ini tular video dikongsikan di aplikasi TikTok apabila Sajat dikatakan menghina Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam video terbarunya.

BACA: Aliff Syukri Luah Rasa Bosan Hidup Tanpa Sajat

Menerusi video tersebut, Sajat mengatakan JAIS sebagai lembab kerana lambat mengambil tindakan terhadapnya sehingga dia sempat melarikan diri ke Thailand.

“Sajat lebih pantas daripada JAIS, JAIS lembab. JAIS baru nak ketuk pintu, Sajat dah sampai ke Thailand dah. Kau lambat JAIS, mak dah gerak,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan Sajat seolah mengejek JAIS serta menyifatkan usahawan itu seperti budak-budak.

Netizen turut mempersoalkan mengapa Sajat bertindak melarikan dan sudah pasti ada melakukan kesalahan kerana berbuat demikian.

Dalam pada itu, ada yang menegur Sajat supaya tidak bercakap besar kerana dia mungkin terlepas daripada JAIS tetapi jangan lupa dengan kuasa Allah.

Baru-baru ini, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.