fbpx

“Jagalah Dia Sebaik Mungkin” – Pesan Intan Liana

Semalam berakhir sudah kemelut rumah tangga Ude Wahid dan Intan Liana apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu. Namun apa yang mencetuskan kemarahan netizen, dakwaan Ude mengenai punca perpisahan itu.

BACA: “Saya Reda Dimadukan, Tetapi Dia Yang Tak Bahagia”

Turut merasa terkilan, Intan yang terkejut dengan kenyataan Ude mengatakan rumah tangganya sudah retak dua tahun lalu. Menerusi Instastory, Intan meluah rasa, dan sempat berpesan kepada bekas madunya, Izreen Azminda.

Kenyataan itu cukup menggambarkan perasaan Intan yang teramat kecewa dengan sikap Ude. Namun dalam masa sama, Intan seolah bersyukur dengan perpisahan ini dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, namun ramai mengaitkan kenyataan itu ditujukan untuk bekas suaminya. Ramai menganggap Ude sanggup mereka alasan bodoh demi mempertahankan isteri tunggalnya, Izreen.

Terdahulu, Ude mendakwa Intan menipu apabila memberitahu beliau tidak mengetahui punca perpisahan mereka sedangkan rumah tangganya sudah bergolak sejak dua tahun lalu. Malah Ude juga meminta Intan berhenti main drama air mata di media. (rtky/w)