fbpx

“Saya Reda Dimadukan, Tetapi Dia Yang Tak Bahagia”

Terkejut dengan dakwaan bekas suami bahawa hubungan retak sejak dua tahun lalu, Intan Liana mempersoalkan punca perpisahan mereka kerana beliau sendiri sudah redha untuk bermadu jadi apakah Ude Wahid selama ini berpura-pura?

BACA: Ude Mohon Intan Liana Jangan Berdrama

“Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda. Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?”

Sebelum ini Ude mendakwa, hubungan rumah tangga mereka sudah bergolak sejak dua tahun lalu lagi dan kenyataan Intan sebelum ini yang tidak tahu menahu sebab mereka berpisah adalah menipu.

“Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun? Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca perceraian. Terpulanglah mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini”

“Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar. Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata,” luahnya kepada Berita Harian Online

Selain itu Ude turut tegas mengatakan perpisahan beliau dan Intan tiada kena mengena dengan isterinya, Izreen Azminda. Terdahulu Ude melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur selepas permohoan cerai Januari lalu. (rtky/w)