fbpx

Jaga Risteena Dengan Baik, Isa Khan Dapat Hadiah iPhone 12

Romantis betul pasangan pelakon Nur Risteena dan Isa Khan, ada sahaja kejutan yang dilakukan antara satu sama lain. Baru-baru ini, Risteena ada membuat kejutan menghadiahkan iPhone 12 buat tunangnya itu.

Menerusi perkongsan video di Instagram, Risteena membuat kejutan tersebut dalam majlis hari jadi salah seorang ahli keluarganya. Risteena berkata hadiah iPhone 12 itu sebagai ganti telefon lamanya yang hilang.

BACA: Terpaksa Tunda Majlis Nikah, Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Dalam video tersebut, Isa dilihat terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh tunangnya. Risteena sempat menitipkan ucapan buat Isa yang selama ini menjaganya dengan baik serta sentiasa bersabar dengan perangainya.

“Saya nak bagi kek ini sebab awak jaga saya dengan baik, sentiasa sabar dengan perangai saya yang gila ni kan. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Terdahulu, pasangan tersebut sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan namun terpaksa menunda ke perkahwinan berikutan pandemik COVID-19 melanda.