Jadi Perhatian Kerana Wajah Seiras, Wanita Ini Teringin Jumpa Fazura
Baru-baru ini, tular mengenai seorang wanita apabila wajah dan suaranya dikatakan mirip selebriti dan usahawan popular, Nur Fazura.
Memetik mStar Online, wanita bernama Ellya Farahanny Ridzuan tidak menyangka dirinya tiba-tiba tular. Malah, perkara itu turut disedari oleh Fazura yang turut meninggalkan komen.
BACA: Hadkan Gajet, Fazura Tegas Pilih Pemakanan Terbaik Buat Fatima
Ellya berkata dia turut terkejut apabila pengikutnya di aplikasi TikTok naik mendadak dalam satu hari sahaja serta mengakui tidak biasa dengan perhatian diterimanya.
@officialellefara Replying to @sotset
“Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza. Jujurnya, saya tak biasa dengan exposure macam ni. Tapi alhamdulillah, saya cuba membiasakan diri,” katanya.
Kata wanita itu lagi, pada mulanya dia tidak menyedari memiliki wajah seiras Fazura sehingga ditegur oleh rakan-rakannya.
“Bila orang kata saya macam Fazura, barulah saya tengok kat cermin, Ada sikit kot, tapi setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza
“Pasal suara tu taklah sama sangat. Mungkin orang mendengar cara saya bercakap. Saya bukan tiru Fazura, saya hanya menjadi diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Ellysa yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu menganggap persamaan tersebut sebagai anugerah Allah SWT serta penghargaan orang ramai.
“Sudah tentu dalam hati berbunga-bunga. Fazura kan top artis Malaysia dan pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.
“Pada masa sama saya malu. Saya bukan siapa-siapa, bukan pelakon. Saya bukan saudara-mara dengan Fazura, tiada pertalian pun,” katanya.
Sementara itu, Ellysa berkata selepas kisahnya viral perniagaan stik premium yang diusahakannya mendapat sambutan luar biasa sehingga habis dijual.
“Kami buat bisnes stik premium menerusi khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang. Sampai sold out stik bila dah viral ni dan kena restock.
“Impian kami adalah untuk membuka sebuah restoran stik berkonsepkan fine dining di pusat beli-belah. Pada masa sama, saya teringin untuk bertemu dengan Fazura. Belum pernah jumpa dia,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Xde laa sngt mungkin sbb bertudung cuba tngk xde tudung ha baru nmpk seiras ke tidak
5 percent je serupa..rasa klau buka tudung da x serupa langsung apatah lg klau buang mekap huhu
Aku dh tgk kat tiktok dia. Ada la iras tp versi older sbb dia mungkin x buat treatmnt mcm artis2. Jika ada makeover dan make up yg betul mungkin sama la.
Semoga rezeki lebih luas dan buat kebaikan bila Allah dh bg rezeki byk.
Tak sama pun. Aku rasa sbb orang dok ckp muka dia mcm fazura, dia punya style bercakap pun slow2 macam fazura haha. Anyways fazura lagi cuns.
Alhamdullilahh rezki jga tu dpt muka iras2 fazura…
nape rasa mcm lg iras dgn erin malek je?
Bak kata pepatah pelanduk 2 serupa.. lagi pun dlm dunia ini ada 7 pasang serupa muka.. biar lah muka dia mcm serupa Fazura.. anugerah Allah Swt bagi dkt dia kot…
From my personal point of view rupa nampak x sama pon seirasnya, mungkin stail cakap dia je yg nmpak seiras, tu pon x la exactly…wajah seiras Fazura tu sila la tgk IG_syzna, even fazura pon dah pernah jumpa dia & admit this girl even much prettier than her….(seingat I Ia sbb dah lama dah)
Alaaa bkn cun pn klau ghuper pajuraa!!
Syazana pun tak ada la rupa fazura sangat skrg ni. dulu ada la juga iras-iras hehe
suara dia ada lah bunyi2 gaya fazura.. muka dia ni.. ada lah match sikit untuk sekali pandang.. bila tengok berkali kali.. xsama pon.. kadang macam eyka farhana kadang macam fazura.. tp tu lah sikit2 je.. ari tu ada budak syazana yg viral muka pajura tu pon skang dah hilang terus muka pajura dia….. now dah dapat muka ori dia.. haha