fbpx

Hadkan Gajet, Fazura Tegas Pilih Pemakanan Terbaik Buat Fatima

Pasti ramai yang suka melihat gelagat anak pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Fatima yang sememangnya sering menjadi tumpuan ramai.

Memetik Sirap Limau,  Fazura mengakui tugas sebagai seorang ibu sememangnya mencabar namun dia seronok kerana ingin melihat Fatima membesar menjadi anak yang soleha.

BACA: Sayang Fatima Melebihi Segalanya, Fazura Batal Hasrat Bercuti Luar Negara

Menurut Fazura dia menghadkan penggunaan gajet buat anaknya dimana dia hanya membenarkan Fatima memegang gajet bagi tujuan bermain, mendengar lagu didikan atau nursery rhyme dibawah pantauannya dan suami.

“Hujung minggu pula hanya untuk Fatima sahaja. Kami akan bawa dia keluar ke taman atau ziarahi keluarga.  Kami mahu Fatima seronok belajar perkara baru, berkawan, bergaul dan bermain dengan sepupu-sepupu kerana hari-hari biasa, dia hanya di rumah sahaja” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang lebih berdisiplin dalam membesarkan Fatima, Fazura mengakui dia lebih mengambil berat dalam segala hal.

Malah, dia juga tegas tentang pemakanan dan pemilihan susu buat Fatima sementara Fattah pula hanya ikutkan sahaja apa yang terbaik buat puteri mereka.

“Faz sendiri kagum tengok perkembangan Fatima sekarang yang makin berkemahiran sosial. Contohnya, Fatima boleh memberi salam dan menyebut nama mama dan papa, pandai mengambil berat dengan memeluk mama serta sedara-mara. Semua perkembangan ini menunjukkan minda dan emosi Fatima berkembang pantas!” katanya.