“Jadi Lembik Orang Pijak Kepala Kita Macam Lapik Kaki”

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Sharnaaz Ahmad berkongsikan gambar terkiniya serta mengakui dirinya kini semakin kuat dalam menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang dalam hidupnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain. Katanya lagi, jika kita lemah, kita akan selalu ditindas. Namun Sharnaaz berkata, Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.

BACA: Sharnaaz Ahmad Jawab Kritikan Masalah Rumahtangga

“Makin steady mamat dalam gambar ni. Bukan nak kata lah. Alhamdulillah. Semuanya dari Allah SWT.

“Im back much stronger and more powerful. Kadang kadang jadi garang baru orang takut, jadi lembik orang pijak kepala kita macam lapik kaki “welcome” oo. Tak apa aihhh Allah ada bersama orang yang sabar,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap agar pelakon itu akan terus kuat menghadapi segala dugaan. Malah ada netizen mahukan Sharnaaz kembali seperti dahulu.  Kata netizen lagi, setiap kesabaran ada hikmah disebaliknya. Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Sharnaaz.

×