“Jadi Lelaki Taat Pada Agama, Dah Nikah Jangan Malukan Mommy”
Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sudah pasti, Rita mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lebih-lebih lagi untuk bekalan akhirat.
Menerusi Instagram, Rita dilihat tidak lokek berkongsikan kehidupan sehariannya bersam anak-anak. Baru-baru ini, perkongsian Rita menjadi perhatian apabila menitipkan doa buat kedua anaknya.
BACA: “Saya Tak Pernah Cakap Pun Tak Bayar Nafkah Tapi…”
Rita berkata dia sentiasa mendoakan anak-anaknya menjadi lelaki yang taat agama dan seorang suami yang bertanggungjawab apabila sudah berumah tangga suatu hari nanti serta tidak memalukan dirinya.
Katanya lagi, apa sahaja keburukan dan kebaikan yang dilakukan oleh anak-anaknya apabila dewasa kelak adalah atas didikan dan tanggungjawab dirinya. Menerusi entri itu, Rita turut memuat naik gambar salah seorang anaknya sedang tekun membaca Al-Quran.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji serta mengagumi Rita yang membesarkan kedua-dua anaknya tanpa seorang suami di sisi.
Rita mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinan mereka dilanda badai sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013.
Mommy pun x tutup aurat..
nah kan keluar sdh rita spender aidil.
tak lama lagi izreen apam extender udewahid
here we go again…x habis2.. nk malu menda klau dpt nanti menantu perangai mcm hang cmne tuhhhh huhuh.. bkn nk doa la..tp dh tua2 ni bwak bertaubat la.. contohi kak elly pom pom..ex husband bg nafkah ke x bg ke.. dia dh bahagia ngn pasangan dia..just move onnnn…
Tak faham kenapa orang tak habis-habis dok salahkan Rita dalam portal ni sedangkan dia cuma kongsi impian dia. Banyak juga rupanya orang side aidil dayus tu ehh
Bkn org nak side ex dia abang oi.
Biasanya kita pun kne periksa diri sendiri dgn sikap kita dan rentetan yg terjadi, apakah sbbnya.. paling baik berenti la bermusuhan utk semua pihak yg terlibat demi anak2 yg umpama kain yg putih bersih ini dan jgn la perli memerli. X ke mana hasilnya. X perlu kita adili ex dia sebagaimana kita x perlu adili rita. Ok x mcm tu.
Bangun pg rita.nak tdo mlm psl aidil.nak lunch psl hasrat mommy lak.adoi mommy udah2 la tu.tk semue prangai buruk anak hasil didikan parent.kdg dh sifat anak tu sndiri klo besar nnti perangai tk mcm orang.
Mulut tu kasi berhenti berkokok.
Muak dah pasal kau terpaling betul… Pastu berkokok kokok sampai abang Jamil mampus.
Mulut tu…..jaga mulut tu…
sebulan sekali keluar cerita janda ni. dia ni bayar Media ke tiap bukan? Dah sendu dah woi. Bekas bekas orang je ni.