“Saya Tak Pernah Cakap Pun Tak Bayar Nafkah Tapi…”
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pemain bola sepak, Aidil Zafuan menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada dua anaknya bersama Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Susulan itu, Rita juga dilihat turut memuat naik beberapa kenyataan balas menerusi Insta Story dipercayai berhubung perkara tersebut.
BACA: “Saya Tak Pernah Gagal Bagi Nafkah Anak-Anak Setiap Bulan”
Rita berkata dia tidak pernah bercakap bekas suaminya itu tidak membayar nafkah tetapi jumlah yang dibayar sehingga tahun 2021 masih lagi sama sewaktu anak-anak mereka berumur setahun dan tiga tahun.
Kata Rita lagi, meskipun duit sekolah dan perayaan tidak diberi namun dirinya masih berdiam diri dan bersabar.
“Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak setahun dan tiga tahun. Itu lah duitnya, pembelanjaan susu dan pampers. Sekarang tahun berapa ya? Oh 2021 tapi jumlah yang sama,” tulisnya
Menerusi satu perkongsian, Rita berkata bekas suaminya itu membayar nafkah sebanyak RM3,000 untuk susu serta keperluan anak-anak mereka yang ketika itu berusia setahun dan tiga tahun.
Rita berkata kini sudah tahun 2021 namun dia tidak bising mahupun meminta untuk menaikkan wang nafkah sejak 2015 hingga sekarang.
Dalam pada itu, Rita turut meminta bekas suaminya bersyukur kerana hanya dirinya seorang yang menjaga anak mereka dan tidak pernah mengganggu hidupnya selama ini.
“Patut awak bersyukur ada bekas bini yang bagus didik benih awak ini jadi manusia. Sekurang-kurangnya saya tak lari tinggal anak-anak. Pegi mana pun saya bawak, didik sorang-sorang takpernah cuit atau kacau harta awak pun,” luahnya
For the sake of the children, divorced parents should at least try to have a positive relationship like Fizo Omar and Shahnaz. Can see the sadness in your children faces.
mana baik..ada atau x ada..
dia lupa apa yg dia ckp dan ungkit.
sampai spender pun terkeluar
Sudah2lah citer peribadi dijaja kat media sosial 8
Dah lar tu. Anak2 dh besar. Ketepikan ego masing2 & berbaik demi kebahagiaan & perkembangan emosi yg sihat utk anak berdua ini. . Medsoc sekarang menakutkan.
Betul SALY. Sumpah kesian tgk muka anak2 dia. Berdamai la dgn ex. Both of you. Move on. Kahwin baru. Muka cantik. Jgn tunggu dah tua baru nak cari pengganti.
Aku rasa dah bertahun kes diaorg ini. Cubalah berbaik demi anak-anak. Alhamdulillah kalau si suami bagi nafkah. Ada kes dulu si suami bagi 1000 untuk setahun ya. Bukan sebulan. Anak dua org. Mak dia tak kerja lagi. Rumah pun takde. Naik turun mahkamah sorg2. Bapa dah lari duduk luar negara dengan wife baru. Ini si dia ini artis, ada kerja lagi. Rumah tempat teduh pun ada. Nafkah ada juga bagi. Aku rasa kalau bertolak ansur, dapatlah anak-anak jumpa bapanya. Kalau dua2 ketegaq mmg anak-anak lah tersepit. Mmg sakit ditinggalkan tetapi fikir balik anak-anak. Awak bukan dapat hidup 100 tahun.
Bini si aidil tu yg bermasalah..cemburu dgn rita..tak padan perampas..cuba kau contohi si Abby abadi tu..okay jer dgn memey skrg..masalh nya family si aidil tu pon sama bebal.kaki cucok..mcm mana dia org nak berbaikk.
Setuju dgn pendapat sis :)
Tu la dulu gatal nk sngt pucuk muda…
Korg yg xfhm si Aidil tu claim lhdn utk tax relief anak2 ni jg jd Rita pn bengang sbb dia dhx blh claim..Aidil yg byk harta sggup claim atas diaorg ni (2 anak Rita) padahal bkn dia yg bela.X malu betul.
Ya betul yg marah2 rita ni xfaham perasaaan org yg kena buli..bekas suami jadi benci dan xpercaya dgn dia, xde ciri2 beralah langsung..seelok eloknya lelaki sebagai bapa dan bekas suami cari jalan berdamai..memang susah tapi berbaloi..anak2 sentiasa tunggu ayah dia..berlembutlah
Rita pun mulut boleh thn dulu2. Ms kawen awal2 tu x beralah dgn mak ex somi tu. Somi tu kan ms nikah umur muda dan ikut agama lelaki kne utama mak nye. Kalo dah x nk beralah, gitu le jd nye. Aku bkn x kesian dgn rita ni. Tp jika anak rita ni dh dewas nnti kawen dgn pompuan yg gaduh dgn rita, korang rasa mcm mn?? Kita hidup kne fikir juga hat pihak lg satu.
Somi pun perlu jln kan tnggunjawab . Kan dah kaya sbb gaji pemain bola ratus ribu. So ingat la tnggungan ni walaupun duduk berasingan. Jumpa la anak tu.