fbpx

Pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza baru-baru ini, Tomok diberikan tugasan untuk membawakan lagu Kenangan Lalu.

Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang diberikan oleh salah seorang juri menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

BACA: Tomok Tak Terasa Hati Baju Merah Dikritik Hetty Koes Endang

Menggantikan Dato Shafinaz, Datin Marlia Musa yang menjadi juri jemputan menyatakan konsep persembahan Tomok itu baik namun dilihat terlalu intense sehingga dia merasa sakit sangat persembahan itu.

@newboyz1984

Komen Juri Tomok GV9 @TOMOK #gegarvaganza9 #tomokgv9 #komenjuri #mingguketujuh #kenanganlaluflybaits #newboyzmalaysia #tomoktwnty #nbianztomokianz #nbianzindonesia #foryoupage #fyp

? bunyi asal – New Boyz – New Boyz

“Saya okey dengan konsep ini. cuma saya rasa intense sangat sampai rasa macam, erm, nak pergi mana tomok ni. sakit sangat nyanyian ini.

“Rasa itu, pada cinta yang dah pergi. Cinta yang dah lari dari hidup dia. Jadi kenapa sampai gila Tomok?” kata Datin Marlia.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok New Boys, rata-rata netizen seolah bengang dengan komen diberikan Datin Marlia serta tidak faham dengan komen yang disampaikan.

Dalam pada itu, ada yang berharap Dato Shafinaz segera kembali menjadi juri serta mengatakan ini adalah Gegar Vaganza dan bukan pentas Akademi Fantasia.