fbpx

Jadi Ikon Orang Tak Puasa, Anak Bell Ngasri Dipersenda Rakan Sekolah

Namanya melonjak naik menerusi filem 18 Puasa, watak Barboka yang dilakonkan oleh Bell Ngasri popular sehingga ada yang menjadikannya ikon orang tidak berpuasa.

Terkejut dengan jolokan yang diberikan netizen, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri berkata apa sahaja gelaran yang diberi dia berharap orang ramai dapat melihat daripada sudut positif.

BACA: Bell Ngasri Selamat TImang Cahaya Mata Baru

“Tidak dinafikan, nama Barkoba menjadi sebutan netizen sepanjang bulan puasa. Malah, sebelum Ramadan wajah Barkoba sudah ditularkan dalam media sosial.

“Jujurnya, saya terkejut apabila ada yang menjadikan watak orang tidak puasa sebagai ikon. Selalunya, perkataan ikon ini dikaitkan dengan perkara baik-baik.

“Apapun sahaja gelaran yang diberikan, saya harap penonton dapat melihat watak ini daripada sudut positif. Seperti dipaparkan dalam filem ini, jika tidak puasa masuk dalam neraka,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga cahaya mata itu turut berkongsikan anak-anaknya menjadi bahan sendaan rakan sekolah apabila ramai beranggapan bapa mereka tidak puasa.

“Lucu apabila anak-anak mengadu kawan sekolah anggap saya tidak puasa disebabkan watak Barkoba. Iyalah, bapa orang lain jadi ikon baik-baik, tetapi berbeza dengan bapa mereka.

“Mujurlah, anak-anak sedia maklum bapa mereka seorang pelakon. Jadi, tidaklah mereka ambil serius dengan sendaan yang dibuat rakan sekolah,” katanya.