fbpx

“Jadi Ibu Tunggal Itu ‘Hadiah’ Dari Allah”

Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat  pelakon Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Baru-baru ini, Rita berkongsikan kekuatan kepada golongan ibu tunggal senasib dengannya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Rita turut mengajak ibu tunggal di luar sana menikmati dengan nikmat yang Allah berikan. Kata Rita lagi, Allah tahu mereka yang dipilih menjadi ibu tunggal mampu hidup tanpa lelaki.

BACA: Rita Rudaini Minta Kerajaan Kaji Semula Keputusan Buka Sekolah

“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih.

“Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah,” tulisnya.

Kata Rita lagi, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal dan itu juga adalah sebab dia masih bersendiri sehingga kini.

“Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rita turut mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak terus bersedih dan bangkit meneruskan kehidupan.

Rita turut berpesan kepada wanita yang masih bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak hanyalah pinjaman di dunia sahaja.

“Yang ada suami, tak payah ‘galak’ nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing.

“Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat, ‘Aku berlaki, kau ada?’, ‘Laki aku sayang aku’,” tulisnya.