“Jadi Ibu Tunggal, Anak Jadi Kekuatan”

Pelakon Fasha Sandha, yang sudah bergelar ibu tunggal selama hampir setahun sebulan telah memberitahu bahawa menjadi seorang ibu tunggal tidaklah seperti yang difikirkan sesetengah pihak, malah dia juga bahagia kerana anak-anak merupakan kekuatan untuk dirinya terus berkarya.

BACA: Gambar Sekitar Sambutan Birthday Anak Fasha Sandha, Jemyma

“Sebenarnya tidak seperti apa yang orang fikirkan, sama sahaja mungkin sebab anak menjadi kekuatan. Bila anak berada di depan mata kita berasa kuat. Lagipun dulu saya memang seorang gadis yang independent, saya ini juga seorang wanita besi yang kuat dan yang tidak kisah tentang apa-apa dugaan”

“Jadi saya anggap itu sebagai satu warna yang mewarnai hidup kita. Sebab kalau kita macam murung, sedih kita senang ditindas, jadi kita perlu kuat untuk lawan balik emosi,” katanya kepada Rotikaya.

Fasha turut memberitahu bahawa dia tidak sempat untuk memikirkan perasaan sedih atau seumpamanya itu kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya serta anak-anak yang semakin membesar.

“Tidak ada rasa down, kerana anak-anak di depan mata. Tidak ada ruang atau tak sempat pun nak bersedih kerana kerja pun banyak. It’s good to be busy,” jelas Fasha lagi yang sememangnya selalu memuatnaik gambar di Instagram bersama anak anak.

Tambahnya, dia kini masih belum masanya untuk memikirkan untuk mencari pasangan kerana fokusnya kini kepada anak-anak dan kerjayanya terlebih dahulu. (rtky/h)

×