fbpx

Sejak semalam tular perkongsian di media sosial apabila seorang individu mendakwa pendakwah bebas popular, Ebit Lew telah mungkir janji terhadap keluarganya.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerysi perkongsian di Grup B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, individu mendakwa pendakwah itu pernah menularkan mengenai keluarganya sebelum ini.

BACA: Caprice Dedah ‘Orang Kanan’ Ebit Lew Dah Mula Sedar

Dakwa individu itu, pendakwah itu telah menyewakan sebuah rumah dan berjanji untuk menanggung sewa termasuk bil api dan air selagi masih hidup.

Bagaimanapun, individu itu mendakwa pendakwah tersebut tidak lagi berbuat demikian sehingga mereka sekeluarga dihalau keluar rumah sewa berkenaan.

Individu itu mendakwa mereka sekeluarga kini menjadi gelandangan dan ada jiran mempersoalkan mengenai duit bulanan sebanyak RM2,000 diterima daripada Ebit Lew sedangkan tidak menerima apa-apa duit.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam luahan individu itu yang sepatutnya berusaha mencari pekerjaan dan keluar dari kemiskinan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan bukan isu malas tetapi mengenai janji yang perlu ditunaikan. Kata netizen lagi, lebih baik jika tuntut pada pihak Ebit Lew sendiri jika benar dakwaan tersebut.