fbpx

Caprice Dedah ‘Orang Kanan’ Ebit Lew Dah Mula Sedar

Perkongsian penyanyi rap, Caprice sekali lagi menjadi bualan apabila memuat naik pendedahan terkini mengenai dipercayai orang kanan Ebit Lew yang membuat perkongsian mengenai pendakwah terkenal itu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, lelaki tersebut turut memuat naik status mengenai keluarganya namun tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa.

BACA: Ebit Lew Perjelas Mondy Buat Tatu Sendiri, Caprice Kongsi Video Sebenar

Sementara itu, Caprice meluahkan rasa syukur kerana selepas dua tahun akhirnya individu itu berani tampil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Bagaimanapun, individu tersebut dilihat ada memuat naik status lagi mengatakan urusannya dengan Ebit Lew biarlah mereka sendiri selesaikan.

Tambahnya lagi, dia mengucapkan terima kasih kepada Caprice diatas keprihatinannya serta terbuka untuk bertemu dengan selebriti itu bila-bila masa.

Terdahulu, isu antara Caprice dan Ebit Lew hangat diperkatakan ketika masing-masing berada di Palestin pada 2021.