fbpx

Jadi Duta Pelancongan Hong Kong, Aaron Aziz Nafi Tamak Wang Tajaan

Sebenarnya bukan’lah duta per se, tetapi lebih kepada kolaborasi antara badan pelancongan Hong Kong & Aaron Aziz untuk mempromosikan negara itu kepada rakyat Malaysia.

Pelakon lelaki idaman Malaya, Aaron Aziz ketika ditemui semasa majlis sidang sedia kolaborasi antara Aaron Aziz dan pelancongan Hong Kong di Seri Pacific Kuala lumpur telah menjelaskan dan seterusnya menafikan dakwaan bahawa dia merupakan seorang yang tamak kerana apa yang dapat dilihat kini dia telah banyak diberikan tawaran untuk menjadi duta dan sebagainya, dan pada kali ini dia telah sekali lagi diberikan peluang untuk berkobolarasi bersama Majlis Pelancongan Hong Kong.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dipilih untuk berkobolarasi bersama pelancongan ke Hong Kong dan ini merupakan perkara yang amat baik dan berharap dengan koloborasi ini saya dapat menimba pengalaman yang baru walaupun sudah banyak kali juga saya ke Hong Kong bersama keluarga”

“Mengenai dakwaan mengatakan saya tamak itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah bersifat sebegitu, kerana apa yang telah diberikan dan ditawarkan kepada saya itu semua adalah rezeki saya dan keluarga”

“Lagipun apabila dapat saya berkobolarasi bersama pelancongan Hong Kong, saya akan dapat juga bersama-sama peminat Aaronators untuk melancong ke sana dan bagi sesiapa sahaja yang belum berpeluang untuk melancong ke sana, marilah bersama-sama saya pada hujung tahun ini untuk ke melancong sambil berhibur ke Hong Kong,” katanya.

Kepada peminat-peminat Aaron Aziz, anda berpeluang untuk melancong bersamanya ke Hong Kong pada hujung tahun ini & maklumat lanjut di facebook.com/DiscoverHongKong.