fbpx

Komen Nakal Pada Jennie BlackPink, Zizan Razak Dikecam Netizen

Mungkin hanya mahu berseloroh mengenai seluar dalam dipakai penyanyi kumpulan K-pop Blackpink, Jennie, bagaimanapun komen oleh Zizan Razak itu tidak mengundang lucu sebaliknya dikecam oleh netizen.

Rata-rata netizen mengecam pelawak itu dan menyifatkan tindakannya itu tidak menjaga sensitiviti. Malah, netizen juga mengatakan komen Zizan itu memalukan dan seolah tidak menghormati wanita. Difahamkan foto yang dikongsikan oleh Jennie itu terlihat bahagian atas seluar dalamnya.

BACA: Zizan Razak Titip Pesanan Buat Bakal Suami Mira Filzah

“Nah sayang ini. Patutlah abang cari boxer (seluar dalam) abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya.

“Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat,” katanya.

Komen Zizan itu turut menjadi bualan hangat di Twitter dimana ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Kata netizen lagi, meskipun Jennie tidak memahami bahasa Melayu tetapi komen tersebut bukan sesuatu yang normal.

Netizen juga mengatakan komen tersebut langsung tidak kelakar dan meminta Zizan supaya tidak memalukan dirinya sendiri. Malah, netizen turut meminta Zizan berhenti meninggalkan komen di Instagram artis antarabangsa.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Zizan sudah pun memadam komen berkenaan. Sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut daripada Zizan mengenai tindakannya itu. Apa pun sama-sama kita nantikan.