fbpx

Jada Pinkett Smith Dilaporkan Curang, Hubungan Dengan Marc Anthony

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Nampaknya kisah hubungan Will Smith & Jada Pinkett Smith ini semakin rumit, lebih lebih lagi pelbagai laporan timbul dalam 24 jam yang lepas.

In Touch melaporkan yang Jada Pinkett Smith menjalinkan hubungan dengan Marc Anthony selepas penyanyi Latin itu berpisah dengan Jennifer Lopez.

Laporan turut menyebut Will Smith mula mengesyaki hubungan isteri’nya dengan Marc Anthony dan secara rahsia terbang pulang dari lokasi pengambaran filem.

Ketika tiba di rumah mereka, Will Smith menemui Jada & Marc Anthony bersama dan terus meninggalkan rumah mereka dengan tangisan lelaki. Walk away like a man, dude.

Namun wakil mereka yang di’hubungi TMZ hari ini menafikan berita ini tetapi mengakui Marc Anthony ada datang ke rumah mereka April lalu untuk sekeping DVD.

In Touch turut mendakwa Will Smith & isterinya sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. Sumber tersebut menafikan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak menolak dakwaan mereka sedang mempunyai masalah besar.