Jaa Suzuran Alu-Alukan Ibu Tunggal Jadi Calon Isteri

Pelakon Jaa Suzuran tidak bersetuju apabila ada pihak yang memperlekeh serta memandang serong terhadap golongan ibu tunggal.

Memetik Harian Metro, Jaa berkata janda dan ibu tunggal juga manusia biasa dan mereka juga berhak untuk memperoleh kebahagiaan.

BACA: Terkejut Abang & Kakak Ipar Terbabit Kes Dadah, Jaa Suzuran Tenang & Sabar

“Di mata saya, semua ‘single mom’ (ibu tunggal) sangat baik dan bagus. Saya nak tekankan satu perkara kalau ada orang yang pandang remeh bila dengar wanita yang berstatus ‘single mum’ dan ‘Miss J’, mereka nak perlekehkan pula.

“Saya juga selalu baca komen di Threads yang beritahu emak mereka tidak setuju hubungan itu sebab si dia berstatus janda.

“Bagi saya, janda pun manusia juga dan jauh di sudut hati, sama ada lelaki mahupun wanita tidak layak untuk dikecewakan dan berhak untuk mendapat kebahagiaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai borang Persatuan Single Malaysia yang dikongsikan di Threads, Jaa berkata dia hanya bergurau namun tidak sangka ramai yang memberi maklum balas.

“Ramai yang baru ‘break up’ (putus) dan menggunakan aplikasi Threads tempat untuk meluahkan perasaan dan apa yang dipendam. Tapi saya mahu yang sudah sebulan putus dan bukan baru tiga hari ‘break up’ untuk isi borang itu.

“Saya juga mengalu-alukan golongan ibu tunggal untuk isi borang tapi mereka yang memiliki maksimum dua anak sahaja. Walaupun saya cuma bergurau muat naik borang itu tapi ada sambutan dan yang ikhlas nak berkawan.

“Kalau ada calon yang sesuai untuk menjadi suri hati saya, adalah. Saya mungkin bergurau untuk mencari janda tetapi bila ada yang datang nak berkawan kini sudah jadi serius pula,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×