fbpx

Izzue Islam Tak Kisah Dikongkong Isteri

Bukan kali pertama disoal tentang isteri yang turut menjadi pengurusnya, Izzue Islam menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia tidak kisah berada di bawah kawalan isteri asalkan ia membawa kebaikan dan kebahagiaan buat mereka.

BACA: Izzue Islam Akui Sibuk Kerja Punca Belum Ada Anak

“Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau kawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan. Contohnya kalau suami kuat boros, suka keluar malam atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia,” kongsinya.

Tambah Izzue, dia mengamalkan sikap jujur bersama isterinya dan apa yang diperkatakan oleh Izzue ini adalah demi kebaikan masa hadapan.

“Bukan sebab saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami. Tambahan pula, cabaran dan dugaan seorang selebriti agak besar terutama jika berhadapan dengan gosip serta fitnah yang direka oleh mereka tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

Semoga rumahtangga Izzue dan isteri akan kekal bahagia hingga ke Jannah selain dikurniakan cahaya mata yang comel bila sampai masanya nanti. (rtky/s)