fbpx

Izwan Azir Saleh Mohon Media Hentikan Drama DSV, Iqbal

Menerusi satu perkongsian di Twitter, penyampai radio dan personaliti TV, Izwan Azir Saleh meminta media hentikan cerita mengenai Datuk Seri Vida dan kekasih hatinya, Ahmad Iqbal.

Menurut Izwan, kisah mereka berdua langsung tidak memberikan manfaat sebaliknya hanya merosakkan pemikiran masyarakat.

BACA: “Harap Netflix Tawar Buat Kisah Hidup Datuk Seri Vida”

Izwan turut meminta orang ramai yang terhibur dengan cerita ‘sampah’ tersebut agar berhenti mengambil tahu mengenai kisah peribadi mereka kerana tiada faedah.

“Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu (Vida dan Iqbal), ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita.

“Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu,” tulisnya.

Sejak bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai kisah cinta Vida dan Iqbal yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini namun terhalang apabila anak-anak tidak merestui hubungan mereka.