“Harap Netflix Tawar Buat Kisah Hidup Datuk Seri Vida”
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal mendedahkan jutawan kosmetik itu menerjah ke rumahnya pada jam tiga pagi dua hari lalu.
Vida tampil menjelaskan dia mahu menyelamatkan kekasih hatinya yang telah disihir bagaimanapun Iqbal tidak menyedari tentang perkara itu.
BACA: “Saya Terjah Jam 3 Pagi Sebab Nak Selamatkan Iqbal Yang Telah Disihir”
Bagaimanapun, Iqbal berkata dia tidak disihir sebaliknya hanya terkejut dan penat ketika diterjah jutawan kosmetik ketika itu.
Video dimuat naik di Instagram itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sudah muak dengan isu kisah cinta mereka yang seolah tiada kesudahan.
Malah, ahli perniagaan yang juga suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran turut meninggalkan komen sindiran berharap agar platform penstriman Netflix menawarkan untuk menerbitkan kisah hidup Vida.
“Saya harap satu hari nanti Netflix akan tawarkan untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang penuh dengan komedi.
“Banyak pahala Datuk Seri menghiburkan kami selama ini. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya.
Malah, pelakon Nad Zainal turut meninggalkan komen mencuit hati netizen mengatakan mengapa perlu berjumpa sedangkan boleh sahaja membuat panggilan video.
Terdahulu, Vida berkata dia sanggup menyelamatkan bakal suaminya dan sanggup mengenepikan soal maruahnya. Kata Vida lagi, sihir tersebut ditujukan kepadanya namun Iqbal yang menjadi mangsa pihak yang iri hati dengan kebahagiaan dan kejayaannya.
- SUMBER
- Kosmo!
Mesti nak LAWAN drama Korea yang meletop letop kat Netflix …
Sapoo jew NAK NENGOK bagi RTM , MEDIA PRIMA , ASTRO pun deme TOLAK .
Harap kad jemputan ke squid game sampai tak lama lagi kepada mereka berdua..
Kah kah kah… masing masing dah muak bodohhhhh
Kalau masuk Netflix kisah beliau… Ak cancel subscribe netflix.. Bosanggg weh.
Kalau Netflix buat kisah mokcik budu nie ramai subscriber akan tuntut Netflix tukar nama kpd Naikpelik.
hauntu kak limah je…jd guest artis
KO LAYAK DPT TAWARAN TG RAMBUTAN JE
Persoalannya, kenapa baru skrg orang nak sihir Vida tu? kenapa tak dari dulu? Maksudnya ramai yang jealous hubungan dia dengan Iqbal bottom tu?
Nad tak ikuti drama ni kot, dato dah byk kali tex, vc p iqbal x balas langsung, tulah dato furst gilee tu smpai dtg meryap rumah iqbal kul 3 pagi tu..x habis2 ckp nak kawin..smpai iqbal naik rimas
Btl gak tu..bt ala2 squid game..sesuai sgt..
Siapa kahwin dengan set set Kardahshian Kelantan mesti kena back up bini kan? Mentanglah DSV borong beli dalam butik adik ipar Naelofar sampai 2 kali. Engku Emran pon beli hati DSV. Tak cukup PU Riz kena ikut bini sindir bekas pakwe tercinta. Abang ipar pon kena puji set kito Kelate gomo. DSV buat malu ore Kelate. Malu janda janda Kelate. Desperate datang rumah jantan 3 pagi. Dah kena reject la wei nate.