fbpx

Gambar Sekitar Bulan Madu Izreen & Ude Wahid

Jika sebelum ini pelakon Izreen Azminda menyahaktifkan akaun Instagram buat sementara waktu, baru-baru ini, pelakon wanita berkenaan dilihat kembali berkongsi gambar di Instagram. Buat mereka yang suka mengecam tanpa henti, harap maaf, ruangan komen di laman sosial pelakon wanita berkenaan ditutup.

BACA: Rita Rudaini Kecil Hati Dengan Izreen Azminda

Melalui perkongsian gambar tersebut, Izreen dan suaminya, Ude Wahid baru saja selesai berbulan madu di Bali, Indonesia. Untuk pengetahuan anda, ruangan komen di Instagram Ude juga ditutup sekaligus membuatkan mereka tidak perlu berhadapan dengan kecaman segelintir masayarakat.

Sebelum ini, perkahwinan di antara Izreen dan Ude menjadi bualan hangat kerana Ude adalah suami orang. Tindakan Ude menceraikan isteri pertamanya selepas menikahi Izreen juga membuatkan api kemarahan orang ramai tidak padam-padam.

Sementara itu, rakan selebriti yang rapat dengan Izreen iaitu Rita Rudaini turut terkena tempias amarah netizen yang tidak dapat melepaskan kemarahan kepada Izreen di Instagram yang ditutup bahagian komen.

Apa yang pasti, buat peminat pasangan ini mereka bolehlah ikuti perkembangan Izreen dan Ude di Instagram. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang mereka berbulan madu di Bali. Enjoice! (rtky/s)