Walaupun agak lambat kami menyampaikan perkhabaran ini namun rasanya masih sempat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon, Izreen Azminda dan suami, Riza yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Suaminya yang juga merupakan seorang jurukamera yang setia menemani telah pun berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram milik isterinya.
“Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.3 kg pada pukul 1.30am td. tq”.
Pasangan ini telah diijabkabul pada 30 Ogos tahun lalu dan memilih Jitra, Kedah ketika hari persandingan.