Sudah sekian lama hidup membujang, Izreen Azminda tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta lelaki. Malah katanya, tidak kisah andai beliau berjodoh dengan suami orang kerana lelaki sememangnya boleh berkahwin dan mempunyai empat isteri.

BACA: “Nak Kahwin Tapi Biarlah Lelaki Boleh Ringankan Beban”


“Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan. Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula. Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain”

“Sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri. Tetapi buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan. Jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin,” katanya kepada m Star Online.

Bagaimanapun kelebihan menikahi lebih dari seorang wanita biarlah dari seorang lelaki yang berkemampuan dari segi kewangan dan boleh bersikap adil kepada semua wanita yang dikahwininya. Kalau masih ingat, terdahulu pun Izreen ada menyebut inginkan lelaki yang kaya.


Untuk pengetahuan Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas suami, Muhammad Riza pada 31 Ogos 2012 namun berpisah pada 9 Jun 2014. Sehingga kini, masih tiada khabar angin mengatakan Izreen dilamun cinta. Kami doakan semoga Izreen cepat bertemu jodoh ya! (rtky/w)