Izreen Azminda Mahu Bakal Suami Yang Bertanggungjawab
Mengakui sedikit malang dalam bab percintaan, namun pelakon Izreen Azminda sama sekali tidak pernah berputus asa untuk mendirikan rumahtangga. Namun untuk perkahwinan yang akan datang, dia berharap bakal suaminya adalah orang yang mampu meringankan kerjanya ketika ini.
BACA: Muka Garang, Saudara Tak Berani Tanya Jodoh
“Saya tidak boleh duduk senang lenang kerana komitmen sangat tinggi tambahan pula saya seorang yang bekerja untuk menanggung anak dan keluarga. Setiap bulan saya perlu membayar rumah, kereta, keperluan anak dan tanggungjawab kepada ibu bapa dan jika saya tidak rajin bekerja siapa akan bayar semua itu?”
“Anak pula semakin membesar jadi saya tidak boleh malas dan perlu fokus bekerja untuk memastikan keperluan mereka dapat saya lunaskan walaupun saya perlu berkorban banyak perkara,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Tambahnya lagi buat ketika ini dia masih belum berjumpa sesiapa yang betul betul menerima dirinya dan keluarga seadanya.
“Saya bukannya memilih apatah lagi berangan-angan mencari orang kaya sebagai suami tetapi jika saya ingin berkahwin biarlah lelaki itu nanti dapat meringkan beban saya”
“Jika berkahwin nanti saya masih perlu bekerja kuat seperti sekarang dan dia pula menjadi beban saya, jadi apa gunanya saya kembali berumah tangga?,” jelasnya. (rtky/s)
- SUMBER
- mstar onlineafas
BUAT BEKAS LAKI… SILA FAHAM2…
BEKAS BINI BAHASAKAN HANG DAN JUGAK JANTAN2 TAK GUNA YG SEWAKTU DGN NYA DI LUAR SANA…
Mintak maap ckp laa eh tp ko tu janda anak satu. Walaupun artis tp msih bnyk lg anak2 dara muda jelita, pandai serba serbi dan sesuai dibuat calon isteri kt luar sana tu. Kahwin artis ni risiko nk bercerai tu tinggi sbb mrk ada lifestyle sendiri yg berbeza dari org awam biasa. Kalau x open minded mmg susah laa.
Sian.letak syarat lak.abis laki sebelum ni tk bertanggungjawab ke.hahaha..kalau ok lama dh org tackle wat bini
Cakap jelah nak kahwin dengan datuk, jutawan. Takut sangat nak kena label materialistik. Dah gi jadi bini no 2 Datuk Alif Syukri.