fbpx

Izreen Azminda Mula Biasakan Diri Bertudung

Satu perubahan ke arah kebaikan dan juga khabar gembira buat peminat Izreen Azminda kerana pelakon ini menjelaskan dia kini sedang membiasakan diri dengan imej bertudung yang sudah lama dihajatinya.

BACA: Berkemban, Izreen Azminda Hanya Menurut Kehendak Watak

“Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya sambil memberitahu bahawa dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta.

“Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya”

“Jadi saya harap penjelasan ini tidak akan menimbulkan komen sebaliknya. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk fasa baru ini. Niat bertudung ini sudah lama cuma kesibukan kerja membataskan,” katanya seperti dipetik dariapda Berita Harian.

Selain itu Izreen juga akan mengakui bahawa dia akan berkahwin dengan Fahrin Ahmad – di dalam drama yang dibintanginya bersama Fahrin nanti. Malah pelakon ini juga menafikan niatnya bertudung itu didorong dengan hasrat untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal bertahan. (rtky/s)