fbpx

Izreen Azminda Kongsi Foto Luang Masa Bersama Anak Tiri

Nampaknya rumah tangga pelakon sensasi Izreen Azminda dan pemuzik Ude Wahid masih lagi menjadi perhatian dan bualan netizen walaupun kontroversi melibatkan suami dan bekas madunya, Intan Liana sudah lama berlalu.

Sebelum ini, Intan Liana ada memuat naik status seolah memberi bayangan anak-anak sudah lama tidak bertemu dengan bapa mereka malah tidak dapat menahan sebak anaknya sering bertanyakan mengenai bapa mereka.

BACA: Intan Saleh Sebak Anak-Anak Terlalu Rindukan Bapa

Bagaimanapun, baru-baru ini, Izreen memuat naik foto dan video di Instagram miliknya memaparkan Ude meluangkan masa menghabiskan masa bersama dua anak lelakinya.

Malah, Izreen turut berkongsikan foto dua anak tirinya yang teruja melihat adik ‘baru’ mereka. Biar apa pun terjadi diharap hubungan dengan anak baik-baik sahaja.

Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 dan baru saja menimang cahaya mata lelaki pada Julai lalu diberi nama Aaron Ibrahim.