fbpx

Intan Saleh Sebak Anak-Anak Terlalu Rindukan Bapa

Meskipun bukanlah seorang selebriti, namun nama Intan Liana Saleh dikenali ramai susulan kemelut rumah tangganya terdahulu bersama bekas suami, Ude Wahid dan Izreen Azminda.

Umum mengetahui, Ude dan Izreen baru saja menimang cahaya mata pada Julai lalu. Bagaimanapun, perkongsian terbaru Intan menimbulkan tanda tanya netizen seolah memberi bayangan anak-anaknya sudah lama tidak bertemu dengan bapa mereka.

BACA: Intan Saleh Bengang Masih Dikaitkan Dengan Bekas Suami

Malah, Intan tidak dapat menahan rasa sebak apabila anaknya sering bertanyakan mengenai bapa mereka. Intan turut sertakan tanda pagar #diarindu seakan memberi gambaran anak-anaknya merindui bapa mereka.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang memahami perasaan Intan dan anak-anak yang rindukan bapa mereka. Tidak kurang juga ada yang mendakwa mungkin sedang sibuk dengan cahaya mata baru.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013, namun bercerai pada Mac 2018. Perkahwinan mereka mula bergolak apabila Intan mendapat tahu Ude berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2018.