Semalam hangat diperkatakan apabila ada laporan daripada beberapa blog mengatakan dia kini sudah berpurdah, Izreen Azminda tampil menafikan dakwaan tersebut. Izreen menjelaskan dia memuat naik foto memakai khimar sekadar untuk perkongsian.
Katanya lagi, dia hanya berkongsikan bersama peminat khimar yang dipakainya itu selesa dan niatnya hanya untuk berkongsikan perkara yang baik-baik, namun disalah ertikan.
BACA: Rai Ulangtahun Perkahwinan, Izreen Azminda Tunjuk ‘Sweet’ Nyanyi Bersama Suami
“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la. Sat gi tambah dosa kami ja.
“Suka bagi netizen buat dosa kering. Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri fotonya memakai khimar Izreen berkata dia dalam proses berusaha untuk berubah ke jalan yang diredhai Allah serta menjadi insan lebih baik.
“Post macam ni tak menunjukkan kami baik, tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah ke arah dan jalan yang diredhaiNya. Insya-Allah. Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai mcm dulu lagi,” tulisnya.