fbpx

Meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid menyambut dengan secara bersederhana namun cukup bermakna.

Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen dilihat memuat naik video romantis menyanyikan lagu Kau Segalanya bersama suami tersayang. Turut kelihatan Ude bermain piano sambil memangku anak mereka .

BACA: Izreen Azminda Seronok Jual Apam, 500 Biji Terjual Sehari

https://www.instagram.com/tv/CDqusIRn4lX/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan itu tetap kekal romantis meskipun sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua agar kekal untuk selama-lamanya.

Izreen Azminda telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.