fbpx

Izreen Azminda Bakal Bergelar Datin?

Kalau dulu sering dihimpit dengan cinta lokasi walaupun menafikan sekerasnya, kini pula Izreen Azminda dikatakan bakal bergelar Datin apabila bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus datuk. Malah datuk itu juga dimaklumkan merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen yang baru-baru ini telah melancarkan set wangian jenama sendiri bernama Lurve me.

BACA: Izreen Azminda Berdendam Dengan Amar Baharin?

“Dengar cerita pelakon ini semakin rapat dengan seorang lelaki berstatus Datuk. Hubungan tersebut dikhabarkan berada pada tahap yang boleh dikatakan serius dan nampak gayanya akan berakhir ke jenjang pelamin. Malah, menguatkan lagi cerita, dengar khabarnya, lelaki berstatus VIP itu juga merupakan orang kuat dalam perniagaan Izreen sekarang ini”

“Kira ada syer sana sikit, sini sikit. Orang kata mereka ni rakan perniagaan jugalah. Seringkali dikaitkan dengan cinta lokasi tapi pelakon ini langsung menafikan. Tapi kalau betul cerita yang disampaikan si polan tadi, pandai sungguh Izreen menyimpan rahsia kan? Diam-diam ubi berisi kata orang tua,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Bagaimanapun sehingga sekarang Izreen masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosip cinta kali ini. Namun walau apapun, tidak salah rasanya Izreen untuk berkahwin dengan datuk terbabit selepas dua tahun bergelar ibu tunggal. Jika benar gosip ini, semoga segala urusan perkahwinan yang dirancang akan berjalan dengan lancar. (rkty/w)