fbpx

Setahun Kahwin, Izreen Azminda Kini Hamil

Tahniah diucapkan kepada Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita baik itu dikongsi Izreen di laman Instagram sebentar tadi.

BACA: Izreen Azminda Perjelas Kenapa Keluarga Tak Hadir Majlis Kahwin

Dalam perkongsian itu Izreen turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi dan sepasang baju bayi berserta dengan ucapan syukur buat kurniaan yang diberikan selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun setakat ini Izreen masih belum mendedahkan jantina bayi pertama mereka. Terdahulu Izreen dan Ude telah bernikah pada Ogos 2017 secara rahsia dan baru bersanding pada awal Oktober tahun lalu.

Pasangan kontroversi ini juga sudah pun mempunyai cahaya mata sendiri hasil perkongsian perkahwinan terdahulu. Dimana Ude mempunyai dua orang anak bersama bekas isteri, dan Izreen mempunyai seorang anak bersama bekas suami.

Tahniah sekali lagi buat pasangan ini diatas kehamilan pertama ini. Pasti teruja dengan kehamilan pertama ini selepas onak ranjau dilalui. (rtky/w)