fbpx

Izreen Azminda Akui Hidup Lebih Bahagia Lepas Maafkan Orang Lain

Pernah dikecam hebat berikutan kontroversi perkahwinannya dengan pemuzik, Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda berkata dia kini lebih tenang untuk berhadapan komen-komen negatif di media sosial.

Ada netizen bertanyakan bagaimana cara dia berdepan kecaman dan menjalani kehidupan tenang seperti biasa, Izreen berkata dia hanya perlu memaafkan orang lain untuk jalani kehidupan bahagia bersama keluarga.

BACA: Izreen Azminda Belum Berpurdah, Masih Berusaha Untuk Berubah

“Kami hanya mampu cakap Alhamdulillah sahaja. Yang penting kami gembira saja kat sini dengan suami dan keluarga. Alhamdulillah semat dalam hati memaafkan itu lebih membahagiakan kita dari mengharapkan kemaafaan orang lain.

“Letak dalam fikiran kita, semua manusia itu pendosa. Jangan terlalu menghitung salah dan dosa orang lain pada kita sampaikan kita lupa dan alpa dalam menghitung dosa kita pada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen berkata dia turut menerima permohonan maaf daripada netizen yang pernah mengutuknya dan dia telah pun memaafkan mereka pernah memfitnahnya. Ujarnya, setiap manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tak apa semua manusia buat salah. Mana ada yang suci murni tanpa dosa. Biasalah tu, tak apa kami maafkan semua yang dah mengata dan fitnah kami. Doa yang baik-baik, kita semua manusia, tak ada yang sempurna. Kami pun banyak dosa,” katanya.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Ude pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaron Ibrahim kini berusia setahun satu bulan.